Aliff Aziz tiba di mahkamah diiringi dua pengawal peribadi - Utusan Malaysia

Aliff Aziz tiba di mahkamah diiringi dua pengawal peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz, dilihat tenang semasa tiba di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan sekitar pukul 12:25, di sini hari ini.

Aliff yang juga merupakan selebriti asal Singapura tiba di mahkamah bagi prosiding keputusan laporan Jawantakuasa Pendamai (JKP) ditemani bapanya, Aziz Sapdan, peguam syarie Hadi Salleh dan dua orang pengawal peribadi.

Aliff yang hadir berbaju kemeja putih dan berkaca mata hitam bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen berhubung persidangan hari ini.

Bagaimanapun, bapanya, berharap agar prosiding mahkamah hari ini akan berjalan lancar.

“Insya-Allah, doa yang baik-baik,” katanya ringkas.

Sebelum ini, Bella telah memfailkan cerai secara ekspress di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada 11 Mac lalu kerana tiada lagi perasaan sayang.

Semasa perbicaraan kedua prosiding cerai pada 4 April lalu, Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella dengan alasan masih menyayangi isterinya itu.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016. Mereka pernah bercerai talak satu pada April 2020 namun rujuk semula ketika masih dalam tempoh edah.

Aliff dan Bella dikurniakan dua orang anak iaitu Ayden Adrean,6, dan Ara Adreanna,3 sepanjang perkahwinan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN