Ahmad Jailani Muhamed Yunus dilantik Pengerusi SPA

Ahmad Jailani Muhamed Yunus dilantik Pengerusi SPA

AHMAD JAILANI MUHAMED YUNUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) baharu berkuat kuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan itu untuk tempoh tiga tahun setelah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaras dengan Perkara 139(4) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, Ahmad Jailani memiliki Ijazah Kedoktoran dari Hiroshima University, Jepun yang berpengalaman luas selama 30 tahun dengan memegang pelbagai jawatan penting dalam perkhidmatan awam.

“Ini termasuk sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam dan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jawatan berkenaan sebelum ini kosong hampir 10 bulan selepas Tan Sri Zainal Rahim Seman, yang dilantik sebagai Pengerusi SPA ke-13 pada 25 Julai 2018, menamatkan perkhidmatan beliau pada 24 Julai 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN