PETALING JAYA: Adik kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin sering bertanya keberadaan ibu bapanya selepas mereka ditahan polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu. Datuknya, Zahari Mohd Reba berkata, sehingga kini cucunya, Mateen, masih mencari ibu bapanya yang tidak bersamanya. Katanya, dia banyak termenung dan tidak berapa ceria seperti ketika ibu bapanya ada bersama. “Mateen juga kurang berselera makan nasi dan hanya menjamah ayam goreng. Namun Insya-Allah kami tetap…










