PETALING JAYA: Seramai 73 individu termasuk 22 kanak-kanak dipercayai dieksploitasi sebagai buruh paksa diselamatkan polis dalam serbuan berasingan di seluruh negara pada 12 Jun lalu. Op Mega Pintas dijalankan oleh Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melibatkan 33 serbuan serentak membabitkan 14 kontinjen. Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman, Deputi Komisioner Fadil Marsus berkata, dalam operasi itu, kesemua 73 mangsa…










