1,890 isi rumah di Terengganu miskin tegar - Utusan Malaysia

1,890 isi rumah di Terengganu miskin tegar

SEBAHAGIAN penduduk yang hadir pada Program Kasih Prihatin Negeri Terengganu Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Jumlah keluarga miskin tegar yang direkodkan di Terengganu dalam sistem eKasih adalah seramai 1,890 isi rumah setakat ini.

Pengarah Pembangunan Negeri Terengganu,
Abdul Kahar Abdul Latif berkata, jumlah berkenaan berkurangan berbanding statistik asal pada Januari tahun ini iaitu sebanyak 7,426 keluarga.

Menurutnya, penurunan jumlah keluarga miskin tegar itu disebabkan beberapa faktor antaranya pengemaskinian bantuan agensi pemberi bantuan dan aktiviti pemutihan pihak Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu.

“Kita juga berharap kerjasama semua pihak dalam usaha menoktahkan kemiskinan seperti dihasratkan Perdana Menteri menjelang tahun 2025 dapat dirasionalisasikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Kasih Prihatin Negeri Terengganu Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu, dekat sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 200 peserta kategori miskin tegar yang didaftarkan dalam sistem eKasih menerima sumbangan Bakul Kasih sumbangan Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu.

Perdana Menteri sebelum ini mengarahkan. agensi Kerajaan Persekutuan
membuat gerak kerja dengan kerajaan negeri, bagi memastikan kemiskinan tegar di Terengganu dapat dinoktahkan dalam tempoh yang diberikan itu.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rozi Mamat berkata, UMNO negeri ini bersedia membantu agensi kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar di seluruh negeri termasuk mengenal pasti penduduk yang dikategorikan sebagai miskin tegar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN