BACHOK: Lebih 3,000 penduduk Kampung Beris Lalang, di sini mendakwa terpaksa hidup bersama asap sejak seminggu lalu susulan kebakaran hutan akibat cuaca panas dan kering yang melanda ketika ini. Tinjauan Utusan Malaysia di Kampung Beris Lalang semalam mendapati kawasan tersebut berjerebu dan berkabus sekali gus mengehadkan jarak penglihatan. Pada masa sama, beberapa warung menjual makanan terpaksa menutup operasi disebabkan oleh asap tebal. Seorang peniaga, Nohaniza Mohd. Zakaria, 45, berkata, situasi…