Wanita maut, rakan parah kereta dirempuh lori - Utusan Malaysia

Wanita maut, rakan parah kereta dirempuh lori

KERETA Toyota Yaris dinaiki mangsa remuk teruk akibat dirempuh sebuah lori di Jalan Sidam, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang wanita maut manakala rakannya cedera parah selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Sidam, di sini malam tadi.

Nahas kira-kira pukul 8 malam itu mengorbankan pemandu, Siti A’isyah Idris, 23, yang bekerja sebagai ahli farmasi di sebuah hospital swasta akibat parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, rakannya yang turut berusia 23 tahun cedera parah di badan serta kaki dan kini berada dalam keadaan stabil.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika kejadian mangsa memandu kereta Toyota Yaris ditemani kawannya yang bekerja sebagai pembantu kantin sekolah dalam perjalanan dari Sungai Petani menghala ke Kulim.

“Setiba di tempat kejadian, sebuah lori jenis Volvo dipandu lelaki berumur 31 tahun dari arah bertentangan hilang kawalan ketika cuba mengelak sebuah motosikal sebelum merempuh kereta mangsa,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Wan Azharuddin berkata, pertembungan jarak dekat itu menyebabkan kereta terbabit remuk teruk dan kedua-dua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing sebelum berjaya dikeluarkan dengan bantuan pihak bomba.

“Pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan namun dia kini ditahan bagi membantu siasatan. Ujian saringan air kencing terhadapnya turut positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Shukri Hashim berkata, tujuh anggota bergegas ke lokasi bersama sebuah jentera dan sebuah van Emergency Medical Rescue Services (EMRS). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×