UMNO Terengganu bantu agensi Persekutuan noktah miskin tegar

UMNO Terengganu bantu agensi Persekutuan noktah miskin tegar

ROZI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: UMNO Terengganu bersedia membantu agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri bagi merialisasikan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menoktahkan kemiskinan tegar di negeri ini dalam tempoh dua bulan ini.

Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat berkata, sebahagian program meningkatkan taraf hidup seramai 1,663 keluarga miskin tegar terlibat telah dijalankan sebelum ini.

Menurutnya, program tersebut membabitkan beberapa agensi seperti Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Felcra dan Mara.

Katanya, keluarga miskin tegar itu dibantu melibatkan diri dalam sektor yang dapat meningkatkan pendapatan seperti pertanian, penternakan dan perniagaan.

“Sebagai parti politik yang sentiasa membela nasib rakyat, kita akan bersama agensi Kerajaan Persekutuan dan negeri untuk menggerakkan segera program-program dalam usaha menoktahkan kemiskinan di Terengganu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Utusan Malaysia pada 11 Mei lalu melaporkan semua agensi Persekutuan di Terengganu diarah menyelaras gerak kerja bersama kerajaan negeri bagi menoktahkan kemiskinan tegar di negeri itu dalan tempoh dua bulan ini.

Perdana Menteri berkata, se­hingga 2 Mei lalu, terdapat 1,663 keluarga masih berada dalam kelompok miskin tegar di Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN