Tunku Aishah Rohani berkenan Pecah Tanah Projek Fakulti Pergigian USIM

Tuanku Aishah Rohani berkenan Pecah Tanah Projek Fakulti Pergigian USIM

TUANKU Aishah Rohani berkenan melakukan Pecah Tanah Perasmian bagi Projek Pembinaan Fakulti Pergigian USIM di Tapak Pembinaan Fakulti Pergigian USIM di sini, semalam. - UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN :Tuanku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud berkenan melakukan Pecah Tanah Perasmian bagi Projek Pembinaan Fakulti Pergigian USIM di Tapak Pembinaan Fakulti Pergigian USIM di sini, semalam. 

Projek Pembinaan Fakulti Pergigian USIM  yang membabitkan kos RM83 juta bagi fasa pertama yang didirikan menerusi peruntukan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) itu bertujuan menampung keperluan fakuliti. 

Fasa pertama projek merangkumi pembinaan bangunan manakala fasa kedua yang masih dalam permohonan kelulusan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) memfokuskan infrastruktur bangunan dan dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2026.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berkeluasan kira-kira 2.02 hektar, bangunan fakuliti baharu itu bakal dilengkapi kemudahan antaranya 15 bilik kuliah; 20 klinik gigi; makmal simulasi; makmal penyelidikan; auditorium; bilik pasca Siswazah; dewan peperiksaan dan makmal komputer. 

Tuanku Aishah bertitah, pembinaan Fakulti Pergigian baharu ini merupakan satu lagi batu loncatan penting dalam sejarah USIM dalam usaha untuk terus berkembang dan menyumbang ke arah pendidikan tinggi yang berkualiti di negara kita. 

“Beta percaya dengan kemudahan terbaharu dan doa daripada semua pihak, USIM akan dapat melahirkan graduan-graduan yang bukan sahaja kompeten dalam bidang pergigian, 

tetapi juga mampu memberi perkhidmatan yang bermutu tinggi dan beretika,” titah baginda. 

Sementara itu, Naib Canselor USIM, Profesor Datuk Ts. Dr. Sharifudin Md. Shaarani berkata, sejak perpindahan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) USIM ke Nilai pada 1 Oktober 2020, banyak aset dan fasiliti yang diguna sama oleh Fakulti Pergigian sebelum ini tidak lagi dapat digunakan, sekaligus mengganggu kelancaran dan mempengaruhi kualiti pengajaran dan pembelajaran para pelajar.

“Pembinaan fakulti baharu ini boleh menampung semua keperluan mendesak dan diharap projek ini berjalan mengikut perancangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini