Tujuh kereta dihempap pokok tumbang, tiada mangsa terlibat

Tujuh kereta dihempap pokok tumbang, tiada mangsa terlibat

Antara kenderaan yang rosak dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Puchong petang tadi.- Gambar iIhsan Bomba Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kira-kira tujuh buah kenderaan terjejas ekoran kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku susulan hujan lebat di Plaza PK 1/11A, Taman Kinrara, Puchong dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang tadi bagaimanapun tidak melibatkan mangsa. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira pukul 4.24 petang tadi.

Jelasnya, sebanyak sembilan anggota dan pegawai lain-lain pangkat serta dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi,  terdapat sebatang pokok tumbang telah menghempap tujuh buah kereta. Kerja-kerja mengalihkan pokok sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, pihak bomba mendapati tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu namun masih melakukan pemeriksaan di lokasi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×