Tolak tanggapan penjawat awam terlalu ramai, beban kewangan negara

Tolak tanggapan penjawat awam terlalu ramai, beban kewangan negara

ANWAR Ibrahim dalam Program Soal Jawab Perdana Menteri yang disiarkan menerusi saluran televisyen arus perdana malam ini. -BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri menolak tanggapan umum bahawa penjawat awam di negara ini terlalu ramai, sekali gus mengakibatkan beban kewangan yang tinggi kepada kerajaan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara masih memerlukan pertambahan kakitangan kerajaan khususnya membabitkan sektor penting seperti Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, guru dan petugas kesihatan.

“Ada teguran dan kritikan tentang jumlah (penjawat awam), tapi kalau tentera, dan polis harus ada dan perlu ditambah. Jenayah, pengawalan sempadan harus diatur kemas. Jumlah kemasukan pelancong yang meningkat sehingga 80 peratus, memerlukan penambahan jentera.

“Golongan guru masih kurang dan harus tambah. Begitu juga doktor dan staf kesihatan, cuma yang mana kurang perlu, maka kita lihat perlu dikurangkan,” katanya dalam Program Soal Jawab Perdana Menteri hari ini.

Ditanya sama ada kenaikan gaji penjawat memberi kesan kepada imbuhan sektor swasta, Anwar tidak menolak perkara itu boleh berlaku memandangkan terdapat syarikat swasta menyambut baik pengumuman bonus kerajaan di samping melaksanakannya kepada kakitangan mereka.

“Bila kita naik bonus, ada (kesan) melihat syarikat swasta kerajaan harus tentu menyambut cepat.

“Kesan terhadap swasta memang ada. Setiap kali saya naik, saya seru syarikat swasta yang mempunyai peruntukan lumayan harus dilihat daripada produktiviti pekerja, jadi pulangan harus sesuai,” katanya.

Menyentuh mengenai kos sara hidup, Perdana Menteri menafikan rungutan daripada beberapa pihak bahawa kos sara hidup pada masa ini adalah paling tinggi dalam sejarah.

“Itu bohong. Saya pernah dulu mempengerusikan (mesyuarat) berpuluhan tahun yang lepas mengenai pengawalan harga barang selaku menteri kewangan ketika itu. Memang kita andaikan setiap tahun sebelum raya, mesti harga ayam naik tetapi kali ini, tidak.

“Kemudian tentang harga sayur dan ikan, kita juga pantau. Ada beberapa yang naik. Saya tidak menafikan tetapi kita pantau,” kata beliau, sambil menambah kos sara hidup di Malaysia masih dikawal baik berbanding Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN