Tiga beranak mati lemas semasa berkelah

Tiga beranak mati lemas semasa berkelah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Kegembiraan tiga beranak mandi- mandi pada hari cuti hujung minggu di Sungai Balak,  Jalan Genting Lama- Batang Kali di sini bertukar tragedi apabila mereka ditemukan mati lemas.

Difahamkan tiga beranak itu datang ke sungai tersebut dari Kampung Kuantan, Batang Kali di sini bersama keluarga untuk beriadah. 

Ketiga-tiga mangsa itu dikenal pasti sebagai Arif Fadzil Abdul Saleh ,43 serta dua anaknya dikenali sebagai Damia 9, dan Malik, 6 tahun. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.09 petang.

Menurut beliau, sepasukan 12 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Baharu dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Shah Alam dan Pelabuhan Klang.

“Kejadian membabitkan bapa dan dua kanak-kanak lelaki dan perempuan yang lemas ketika mandi dalam sungai. 

“Kesemua mangsa telah ditemukan pada 1.35 petang dan proses membawa naik mayat telah dilakukan,” katanya di sini hari ini. 

Menurutnya, kesemua mayat dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN