Tidak layan isu politik, hanya fokus bangunkan KKB 

Tidak layan isu politik, hanya fokus bangunkan KKB 

PANG Sock Tao meyantuni pengundi-pengundi yang keluar bersarapan di Kerling selepas hadir ke Program Kopitiam Talk, di sini - UTUSAN/ARIF AIMAN ASROL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao enggan ‘melayan’ isu-isu politik sebaliknya mahu terus memberi fokus bagaimana untuk membangunkan DUN  Kuala Kubu Baharu jika menang.

Sock Tao berkata, sepanjang kempen di Kuala Kubu Bharu beliau tidak pernah membangkitkan isu perkauman dan agama.

“Saya rasa mesej kempen setakat ini kita fokus (kepada) memaju pembangunan kawasan di Kuala Kubu Baharu.

“Seperti yang saya tunjukkan (dalam) kempen ini, saya tidak mahu ulas isu politik sebab anak muda (dan) orang tempatan tidak suka kepada politik (kerana) mereka mahukan pembangunan jadi saya rasa itu (perkara) utama,” katanya ketika ditemui pemberita  di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan PH takut dengan bayang-bayang sendiri apabila kerap mendakwa Perikatan Nasional (PN) memainkan sentimen perkauman sepanjang kempen.

Dalam pada itu, Sock Tao berkata, mesej mengenai pembangunan dan inisiatif yang bakal dibawa  sekiranya memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut merupakan antara usahanya untuk menarik undi pengundi atas pagar.

“Saya akan menggunakan kempen dengan sepenuhnya sampai saat akhir untuk menyampaikan mesej utama bagaimana Kerajaan Perpaduan boleh membawa perubahan kepada kehidupan rakyat setempat,” jelasnya.

Bagaimanapun, beliau mengakui wujud kebimbangan sekiranya terdapat kumpulan pengundi yang tidak berpihak kepadanya pada 11 Mei ini.

“Sudah tentu, kebimbangan memang ada, sebab itulah kita dalam Kerajaan Perpaduan bergerak dalam satu pasukan untuk mendekati pengundi seramai yang boleh.

“Tapi saya rasa sebagai calon yang bertanggungjawab, kita mesti hormat pertandingan dan kempen ini serta jangan putus asa,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN