Terengganu tunggu perincian kenaikan gaji Kerajaan Persekutuan - Utusan Malaysia

Terengganu tunggu perincian kenaikan gaji Kerajaan Persekutuan

AHMAD Samsuri Mokhtar (kiri) beramah mesra bersama atlet selepas Perhimpunan Kontinjen Sukma Terengganu Sempena 100 Hari Menjelang Sukma XXI Sarawak 2024 di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menunggu perincian kenaikan gaji daripada Kerajaan Persekutuan sebelum mengumumkan pelarasan gaji membabitkan kakitangan awam negeri itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setakat ini, kenaikan gaji tersebut hanya diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lalu.

Bagaimanapun, menurutnya, pengumuman tersebut tidak diperincikan secara lengkap.

Sehubungan itu, menurutnya, kerajaan negeri akan membuat kajian mengenai penyelarasan gaji setelah menerima perincian daripada Kerajaan Persekutuan.

“Kita tengok dulu apa sebenarnya yang diumumkan, sebab pengumuman tanpa pendetilan. Jadi kita tengoklah perkembangan seterusnya sebelum kita buat keputusan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada
Perhimpunan Kontinjen Sukma Terengganu 100 Hari Menjelang Sukma XXI, Sarawak 2024 di Wisma Darul Iman, di sini, petang ini.

Ahmad Samsuri memberitahu, kerajaan Terengganu akan melakukan kajian penyelarasan gaji setelah mendapat perincian kenaikan gaji berkenaan.

“Kita tengok dulu (perincian kenaikan gaji), baru kita tengok macam mana langkah yang patut kita buat,” ujarnya.

Perdana Menteri pada 1 Mei mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini, antara tertinggi dan terbaik dalam sejarah negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN