Syarikat telekomunikasi diberi tempoh 20 hari muktamad pegangan ekuiti DNB

Syarikat telekomunikasi diberi tempoh 20 hari muktamad pegangan ekuiti DNB

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lima syarikat telekomunikasi di negara ini diberi tempoh selama 20 hari bagi memuktamadkan pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Berhad (DNB).

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, arahan itu adalah antara prasyarat wajib dikenakan kepada syarikat itu untuk terlibat dalam pelaksanaan rangkaian kedua 5G.

Beliau berkata, mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dimaklumkan bahawa arahan itu dikeluarkan pada mesyuarat pertama Lembaga Pengarah DNB semalam yang dihadiri wakil setiap syarikat telekomunikasi berkenaan.

“Dalam masa terdekat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan mengumumkan proses tender bagi membolehkan syarikat yang ingin terlibat dalam bidaan bagi rangkaian kedua memasukkan bidaan masing-masing.

“Tapi prasyaratnya adalah hanya syarikat yang telah melengkapkan SSA (perjanjian langganan saham) boleh memasukkan tender, jadi inilah langkah seterusnya dan telah diputuskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Pada 23 Ogos tahun lalu, Jemaah Menteri bersetuju supaya model pelaksanaan rangkaian tunggal 5G ditukar kepada dwirangkaian sebaik mencapai 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, setakat 30 April lalu, capaian rangkaian 5G di kawasan berpenduduk mencecah 81.5 peratus, manakala dari segi penerimagunaan pula mencapai 39.2 peratus iaitu peningkatan 3.8 peratus berbanding hujung Mac lalu.

Menurutnya, terdapat 13.2 juta akaun 5G setakat ini membabitkan 12.78 juta akaun pengguna dan 422,609 akaun perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

“Ini adalah satu perkembanga yang baik bagi segmen individu manakala bagi PMKS, insya-Allah dalam tempoh sekitar seminggu atau dua minggu akan datang, MCMC dan pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) akan menandatangani satu perjanjian persefahaman.

“(Perjanjian) untuk membantu syarikat PMKS menerima guna dan melaksanakan penggunaan rangkaian 5G bagi perniagaan mereka, ini dalam proses,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN