Syarikat semikonduktor perlu bayar gaji lebih tinggi - Chin Tong

Syarikat semikonduktor perlu bayar gaji lebih tinggi – Chin Tong

LIEW CHIN TONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menggesa syarikat industri semikonduktor menawarkan gaji yang lebih tinggi untuk rakyat Malaysia dalam industri tersebut. 

Timbalan Menteri MITI, Liew Chin Tong berkata, industri semikonduktor adalah industri paling maju di Malaysia dan ia perlu membayar untuk kemahiran serta melabur dalam bakat tersebut. 

Kata beliau, kerajaan akan bekerjasama dengan firma untuk mengenal pasti jurang dalam kumpulan tenaga kerja dan memastikan penyediaan tenaga kerja berkualiti tinggi yang mencukupi pada gaji yang setimpal untuk mengembangkan industri dan pendapatan rakyat Malaysia.

“Malaysia tidak kekurangan bakat tetapi ramai daripada mereka kini bekerja di Singapura. 

“Kitaran murni gaji yang lebih tinggi, produktiviti yang lebih tinggi dan penggunaan teknologi yang lebih tinggi akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam membina rantaian bekalan yang lekat, terjamin dan dinamik,” katanya berucap pada majlis penutup SEMICON Asia Tenggara 2024, semalam. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, ekosistem tersebut menarik kebanyakan syarikat kepada peranan Malaysia dan kerajaan dalam menyediakan bakat.

“Kebanyakan pelabur semikonduktor sedia ada di Malaysia berkongsi pandangan yang sama bahwa tarikan paling penting Malaysia ialah ekosistemnya terutama terdapat  beribu-ribu firma fabrikasi logam, kejuruteraan, ketepatan dan peralatan. 

“Pembuat peralatan merupakan sebilangan besar firma teknologi Malaysia sedia ada dengan hasil antara RM100 juta hingga RM1 bilion.

“Kami akan secara aktif mencari cara untuk mengukuhkan lagi ekosistem, termasuk menarik pelaburan dalam bahan kimia khusus dan bahan kritikal, seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030,” katanya.

Tambah beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menetapkan visi jelas serta tindakan yang boleh dilaksanakan di bawah Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS) dan berhasrat mengusahakan tindakan bersama dengan pihak berkepentingan.

“Sebagai sebuah negara, kita perlu bekerjasama erat dengan anda semua dan rakan kerjasama bagi mewujudkan satu bentuk diplomasi semikonduktor.

“Kerajaan menyasarkan langkah meningkatkan pelaburan langsung asing, ini turut melibatkan perancangan menggalakkan inovasi tempatan serta melahirkan gergasi teknologi domestik.

“Kami mahu menempatkan inovasi sebanyak mungkin bagi mengukuhkan kehadiran

Malaysia serta kerjasama serantau bagi sektor itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN