Suruhanjaya noktahkan isu pekerja Gig

Suruhanjaya noktahkan isu pekerja Gig

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gabungan eHailing Malaysia (GEM) menyifatkan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig dapat menoktahkan segala isu dan permasalahan berpanjangan dalam hal berkaitan isu kadar upah yang tidak tetap dan rendah selain dapat memperkasakan perlindungan sosial secara komprehensif dan holistik. 

Ketua Aktivis GEM, Jose Rizal berkata, pihaknya menghargai pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan pentingnya penubuhan itu disegerakan. 

“Suruhanjaya ini juga diyakini akan dapat memberikan jaminan berkaitan hak memperoleh pendapatan yang adil dan hak mendapatkan representasi yang adil. 

“Selain itu, hak untuk mendapatkan sumber atau dana dari pihak kerajaan; hak untuk mendapatkan jaminan keselamatan sosial, jaminan simpanan masa hadapan dan jaminan kesihatan dan hak untuk protes atau berunding,” katanya. 

Oleh itu, Jose Rizal berkata, GEM yakin Suruhanjaya berkenaan akan mendapatkan punca kuasa sebagai sebuah badan yang dapat melindungi perihal berkaitan sosio ekonomi yang adil lagi saksama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×