Suntik perubahan, M. Nasir mahu terus relevan - Utusan Malaysia

Suntik perubahan, M. Nasir mahu terus relevan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bergelar pemuzik senior tidak menghalang maestro muzik tanah air, Datuk M. Nasir, 67, untuk menghasilkan lagu yang sesuai dengan selera pendengar masa kini.

Meskipun berdepan cabaran, pemilik nama sebenar Mohamad Nasir bin Mohamed itu merasakan pembaharuan dalam penghasilan lagu adalah perlu untuk memastikan muziknya terus relevan.

“Sekarang, kalau saya masuk pertandingan (Anugerah Juara Lagu), saya sudah jadi orang yang paling tua sekali dalam kalangan peserta. Peserta yang lain semua budak-budak lagi.

“Tapi, muzik yang saya buat adalah rentak orang muda. Jadi, saya berfikir macam mana nak sesuaikan muzik-muzik saya,” katanya yang ditemui Utusan Malaysia di majlis sidang media Konsert Dato’ M.N45ir, di sini, semalam.

Penyanyi lagu Suatu Masa itu juga menegaskan tidak pernah terfikir untuk menamatkan karier nyanyian yang sudah bermula sejak 45 tahun lalu.

“Selagi saya boleh berkarya. Itu sebahagian satu pekerjaan. Bila bersara, rasa susah nak hidup. Saya risau juga.

“Tapi, saya suka dengan bidang penciptaan lagu. Kita buat daripada benda itu tak ada, kemudian ada ‘bentuk’ sehingga disukai orang. Itu satu nikmat yang orang lain tak dapat.

“Jadi, kalau ditanya bila saya nak berhenti, Selagi saya dapat rasa nikmat itu, saya susah nak berhenti,” katanya.

Konsert Dato’ M.N45ir bakal dipentaskan pada 10 Ogos depan, di Axiata Arena Bukit Jalil.

Tiket konsert anjuran Icon Entertainment itu dijual pada harga RM238 sehingga RM588.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×