Suami isteri maut dirempuh pacuan empat roda selepas hantar kuih - Utusan Malaysia

Suami isteri maut dirempuh pacuan empat roda selepas hantar kuih

KEADAAN mayat Che Roslan Ab. Manan dan isterinya, Siti Aishah Abu Bakar selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di KM 13.5, Jalan Kuala Terengganu - Kuala Berang, Bukit Payong, Marang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Sepasang suami isteri yang dalam perjalanan pulang menghantar kuih di sebuah gerai maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer (KM) 13.5, Jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang, Bukit Payong di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Razman Setapa berkata, kejadian pada pukul 11.50 pagi itu berlaku ketika kedua-dua mangsa, Che Roslan Ab. Manan, 58, dan isterinya, Siti Aishah Abu Bakar, 67, dalam perjalanan ke rumah mereka di Kampung Padang Leban, Bukit Payong di sini.

Menurutnya, pasangan tersebut meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal dinaiki kedua-dua mangsa dikatakan menukar haluan dari laluan kiri ke kanan.

“Kenderaan Mitsubishi Triton yang dipandu lelaki berusia 24 tahun dikatakan tidak sempat mengelak lalu merempuh motosikal dinaiki suami isteri itu,” katanya ketija dihubungi di sini, hari ini.

Mohd. Razman berkata, mayat Che Roslan dan Siti Aishah telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN