SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta dua anak Tun M

SPRM setuju lanjut tempoh isytihar harta dua anak Tun M

KETUA Pesuruhjaya SPRM (tiga dari kiri ketika Majlis Pra Pelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usahasama agensi itu dengan Institut Terjemahsn dan Buku Malaysia di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membenarkan tempoh lanjutan pengisytiharan harta dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tanpa mendedahkan tempoh itu, Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, peguam kepada Mirzan dan Tan Sri Mokhzani telah berhubung dengan pegawai penyiasat berhubung lanjutan pengisytiharan.

“Kita tetapkan tempoh tarikh mereka mula-mula kena isytiharkan, jadi kita dah bersetuju dengan itu. 

“Saya beri lagi penambahan tempoh untuk mereka mengisytiharkan harta kedua-duanya ini,” katanya selepas Majlis Prapelancaran Projek Kerjasama Penerbitan dan Program Penerapan Nilai Integriti (Antirasuah) Usaha Sama SPRM dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Pada 24 Mei lalu, portal berita melaporkan kedua-dua anak Dr. Mahathir memohon lanjutan tempoh pengisytiharan harta walaupun telah diberikan sebelum ini. 

Pada 26 April, media melaporkan, SPRM sekali lagi memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi dua anak Dr. Mahathir mengisytiharkan harta milik mereka.

Pada 18 Januari lalu, kedua-dua ahli perniagaan itu diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Mokhzani juga disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN