SK Clifford hasil kaligrafi Cina 28 meter

SK Clifford hasil kaligrafi Cina 28 meter

Sekolah Kebangsaan Clifford menghasilkan kaligrafi Cina sepanjang 28 meter sempena Karnival Bahasa Cina di sekolah berkenaan di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Sekolah Kebangsaan (SK) Clifford di sini mencipta rekod tersendiri apabila buat julung kalinya menghasilkan kaligrafi Cina sepanjang 28 meter.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Guru besar SK Clifford, Zarina Manja berkata, kaligrafi itu dihasilkan 52 guru dan kakitangan sempena Karnival Bahasa Cina di sekolah berkenaan.

Katanya, penghasilan kaligrafi itu pencapaian membanggakan buat SK Clifford sebagai sekolah rintis bagi daerah ini apabila menjadikan bahasa Cina antara pilihan bahasa yang boleh dipelajari oleh murid selain bahasa Arab.

“Selain menghasilkan kaligrafi Cina itu, pelbagai acara menarik disediakan di reruai yang disertai 95 murid kelas bahasa Cina dari tahun satu hingga lima,” katanya di sini kelmarin.

Menurut Zarina lagi, karnival itu turut mendapat sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit.

“Sambutan yang diterima begitu menggalakkan dan diharapkan ia dapat diteruskan dan ditambah baik pada masa akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×