Simulasi bantu tingkat kesiapsiagaan hadapi bencana industri - Kon Yeow

Simulasi bantu tingkat kesiapsiagaan hadapi bencana industri – Kon Yeow

BEBERAPA pihak termasuk agensi kerajaan, badan berkanun, badan sukarela serta swasta mengambil bahagian dalam simulasi bencana industri yang berlangsung di Terminal Kargo Pukal (PBCT), Butterworth, Pulau Pinang.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Kesiapsiagaan kakitangan berkaitan termasuk dari agensi kerajaan, badan berkanun, badan sukarela serta pihak swasta di negeri ini boleh diukur menerusi sesi latihan simulasi bencana industri yang berlangsung di Terminal Kargo Pukal (PBCT) hari ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, latihan simulasi itu turut berperanan untuk memantapkan kecekapan pihak terlibat dalam menghadapi bencana industri di negeri ini.

“Kita semua sedia maklum bahawa negeri ini merupakan sebuah negeri perindustrian dengan pembangunan utama negeri dipacu oleh sektor ekonomi berkaitan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam hal ini, kerajaan negeri sentiasa cakna akan kepentingan sektor ekonomi ini dan akan sentiasa memastikan supaya sektor perindustrian dapat beroperasi dengan risiko minimum serta ketersediaan awal bagi mengelakkan apa jua perkara tidak diingini.

“Justeru, Latih Amal atau Latihan Simulasi pengurusan bencana yang melibatkan semua agensi kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan badan-badan sukarela perlu diadakan bagi memastikan kesiapsiagaan agensi dalam menghadapi bencana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program tersebut yang turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Rosli Isa dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Datuk Azhar Arshad.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri juga telah menubuhkan Unit Pengurusan Bencana yang diletakkan di bawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang (PSUKPP) untuk mengintegrasikan pergerakan bantuan ketika berlakunya sebarang bencana di negeri ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini