Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan

Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan

FAISAL HALIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menahan seorang lagi individu berkaitan kes simbah cecair dipercayai asid membabitkan penyerang kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Damansara di sini, Ahad lalu.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, tangkapan membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 30-an.

“Dia ditahan di Bandar Baru Bangi, Kajang lewat petang semalam.

“Kita akan mendapatkan perintah reman terhadap lelaki itu di Mahkamah Petaling Jaya hari ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut Hussein, suspek pertama yang direman dua hari sehingga hari ini akan dibebaskan dengan jaminan.

“Bagaimanapun, kita akan tahan semula memandangkan suspek didapati positif dadah,” ujarnya.

Media semalam melaporkan seorang lelaki disyaki terbabit dalam kejadian serangan terhadap pemain bola sepak negara itu ditahan di Pandan Indah, dekat sini kelmarin. 

Suspek berusia 20- an itu ditahan berdasarkan nombor pendaftaran sebuah motosikal yang digunakan dalam kejadian berkenaan kelmarin.

Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada muka dan badannya.

Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara kira-kira pukul 5 petang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya