PUTRAJAYA: Seorang banduan akhir kekal menjalani hukuman mati kerana membunuh anak kandung perempuan berusia 22 bulan, 15 tahun lalu, selepas permohonan semakannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan hari ini. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Harmindar Singh Dhaliwal yang bersidang bersama-sama Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais sebulat suara memutuskan demikian terhadap Mohd. Nizam Mohamad, 45. Pemohon disabitkan membunuh kanak-kanak perempuan yang ketika kejadian berusia setahun 10 bulan di antara pukul 9 pagi, 23 November 2009 dan 12 tengah hari, keesokan hari di sebuah rumah di Repoh, Kangar, Perlis.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya