Selenggara pokok besar setiap masa - Anthony

Selenggara pokok besar setiap masa – Anthony

ANTHONY Loke (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Ahmad Zahiruddin Nordin semasa melawat Wisma Monorail, Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan (MOT) meminta Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) lain untuk menyelenggara pokok besar di kawasan Kuala Lumpur.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia bagi memastikan pokok-pokok besar di kawasan Kuala Lumpur diperiksa dan diselenggara untuk mengelakkan perkara tidak diingini seperti pokok tumbang daripada berlaku.

“Kawasan telah dikenal pasti yang mana ia menjadi tempat berisiko untuk kejadian yang sama (pokok tumbang) terjadi. Jadinya, penyelenggaraan pokok besar adalah sesuatu yang perlu dilaksanakan setiap masa,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja di Wisma Monorail di sini, hari ini.

Terdahulu, sebatang pokok besar umbang di Jalan Sultan Ismail menyebabkan seorang mangsa terbunuh, manakala dua lagi cedera dalam kejadian yang berlaku semasa hujan lebat.

Sementara itu, MOT dan Prasarana memberi penghargaan kepada kapten tren monorel, Ahmad Zahiruddin Nordin yang menyelamatkan 30 nyawa penumpang dengan tindakan berani dan pantas beliau.

“Kami menghargai jasa beliau kerana tindakan pantas beliau untuk berhenti tren dalam masa yang pantas untuk mengelakkan tragedi besar terjadi.

“Tidak lupa juga barisan hadapan yang lain turut juga membantu bagi memastikan operasi menyelamat selesai dengan sehabis baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN