Saya tahu apa yang saya buat - Yazmin Aziz enggan layan kecaman - Utusan Malaysia

Saya tahu apa yang saya buat – Yazmin Aziz enggan layan kecaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Yazmin Aziz menegaskan tumpuan utamanya buat masa ini adalah untuk mengembangkan kerjaya nyanyian, bukan angau dilamun cinta dengan kekasihnya.

Kata pemilik nama sebenar Yazmin Aldwin Abdul Aziz, 23, hal demikian kerana dia menggalas tanggungjawab kepada keluarga, lebih-lebih lagi buat kedua ibu bapanya.

“Saya baru tamatkan pengajian. Jasa ibu bapa perlu saya balas kerana mereka sekarang adalah dibawah tanggungjawab saya,” jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Namun, Yazmin tidak menafikan kekasihnya yang juga pemain bola keranjang kelahiran Hong Kong, Austin Veloso sangat memahami dan sentiasa memberikan sokongan untuk dia mencapai cita-citanya.

“Selain ibu bapa, teman lelaki juga menyokong, sedikit sebanyak menjadikan saya lebih bersemangat untuk mengembangkan kerjaya.

“Berbanding teman lelaki saya sebelum, yang tidak pernah menyokong saya.

“Malah dia pernah memberi saya pilihan, bekerja di luar negara atau terus menjadi teman wanitanya. Lelaki boleh ditukar ganti tetapi rezeki kita tak tahu bila lagi akan dapat,” kongsinya.

Dalam pada itu, Yazmin memaklumkan enggan melayan kecaman netizen yang tidak senang melihat penyanyi ini bertukar teman lelaki.

“Saya tahu apa yang saya buat, walaupun ada yang mengejek, menyamakan pertukaran teman lelaki saya ibarat menukar baju.

“Lebih baik bertukar teman lelaki daripada membiarkan diri terperangkap dalam perhubungan yang negatif,” tambahnya.

Yazmin Aziz sebelum ini pernah bergelar teman wanita pemain bola sepak Kelantan, Nixon Guylherme, sebelum keduanya berpisah awal tahun lepas.

Kemudian dia menjalinkan hubungan dengan Austin yang berusia 26 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN