PETALING JAYA: Penyanyi, Yazmin Aziz menegaskan tumpuan utamanya buat masa ini adalah untuk mengembangkan kerjaya nyanyian, bukan angau dilamun cinta dengan kekasihnya. Kata pemilik nama sebenar Yazmin Aldwin Abdul Aziz, 23, hal demikian kerana dia menggalas tanggungjawab kepada keluarga, lebih-lebih lagi buat kedua ibu bapanya. “Saya baru tamatkan pengajian. Jasa ibu bapa perlu saya balas kerana mereka sekarang adalah dibawah tanggungjawab saya,” jelasnya ketika dihubungi Utusan Malaysia. Namun, Yazmin tidak menafikan kekasihnya yang juga pemain bola keranjang kelahiran Hong Kong, Austin Veloso sangat memahami dan sentiasa memberikan sokongan untuk dia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya