Sampel makanan diambil siasat keracunan makanan - Utusan Malaysia

Sampel makanan diambil siasat keracunan makanan

KASEMANI EMBONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Beberapa sampel makanan telah diambil dari sebuah kedai di Pasar Bukit Payung, Marang yang dikatakan menjadi punca lima individu mengalami keracunan makanan, Sabtu lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Datuk Dr. Kasemani Embong, berkata, turut diambil adalah sampel pengendali dan bahan makanan di premis terbabit.

Menurut Kasemani, langkah itu dibuat bagi membantu siasatan terperinci JKNT dalam usaha mengenalpasti punca sebenar kejadian sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Beliau menjelaskan, Pejabat Kesihatan Daerah Marang pada 28 April lalu telah menerima kes pesakit yang mempunyai sejarah membeli dan memakan kuih ketayap di Pasar Bukit Payung pada hari sama.

“Seramai tujuh orang membeli kuih tersebut di gerai yang sama dengan lima daripada mereka telah menunjukkan gejala cirit-birit dan muntah disyaki mengalami keracunaan makanan.

“Empat orang mangsa yang dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan seorang di Klinik Kesihatan Bukit Payung dalam keadaan stabil dan sudah dibenarkan keluar wad.

“JKNT sedang meneruskan siasatan dengan mengambil beberapa sampel makanan, sampel pekedai dan sampel bahan-bahan digunakan di premis itu,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Terdahulu tular di TikTok dan Facebook oleh seorang pengguna yang mendakwa isterinya yang berusia 31 tahun serta dua orang anak berumur dua dan enam tahun mengalami muntah dan cirit-birit.

Lelaki itu mendakwa, ahli keluarganya menunjukkan simptom mengalami keracunan makanan setelah menjamah sejenis kuih yang dibeli dari sebuah gerai di Pasar Bukit Payung.

Kasemani berkata, orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan keselamatan makanan bagi mengelakkam memakan makanan yang sudah basi selain membudayakan amalan membasuh tangan.

“Semua pengendali makanan juga perlu mengamalkan tatacara tahap kebersihan yang tinggi,” ujar beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya