RM16 juta `remajakan’ semula 7,289 premis Mara

RM16 juta `remajakan’ semula 7,289 premis Mara

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 7,289 premis Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan berwajah baharu yang bakal dilaksanakan di bawah Program Transformasi Premis Mara.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM16 juta untuk melaksanakan usaha tersebut yang melibatkan Plaza Mara, Bazar Mara dan lot-lot kedai.

Beliau berkat, kadar bayaran sewa premis Mara untuk bumiputera masih termurah berbanding sewa di premis- premis komersial lain.

“Saya sudah minta pengurusan buat audit premis secara besar-besaran ke atas 7,289 premis-premis komersial Mara.

“Jika ada yang digunakan untuk stor maka tindakan tegas akan diambil termasuk kontrak akan dibatalkan,” katanya dalam Facebook beliau.

Akhbar ini melaporkan lebih 20 peratus atau kira-kira 1,500 daripada 7,258 premis perniagaan Mara di seluruh negara kini kosong dan suram ekoran nilai komersialnya yang berubah akibat peredaran zaman.

Jumlah ini melibatkan tujuh peratus atau 508 lot kosong dan 10 hingga 15 peratus atau 726 lot hingga 1,089 lot yang berada dalam keadaan suram.

Situasi ini bukan sahaja mengakibatkan Mara menanggung kerugian RM3.6 juta sejak 2020 susulan lot-lot kosong yang tidak disewa, malah kira-kira 400 usahawan bumiputera Mara berdepan risiko kerugian apabila premis-premis perniagaan mereka sudah hilang daya tarikan.

Premis perniagaan Mara wujud seawal 1960-an dan kebanyakannya terletak di kawasan luar bandar sejajar dengan mandat di dalam Akta Mara yang memberi tumpuan kepada pembangunan keusahawanan bumiputera di kawasan tersebut.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh akhbar ini, pada masa ini Mara mempunyai sejumlah 7,258 premis perniagaan di seluruh negara merangkumi 5,228 lot perniagaan di arked dan bazar, 1,576 lot komersial dan 454 lot perkilangan serta perindustrian.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN