PETALING JAYA: Sebanyak RM28.6 juta rampasan direkodkan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bagi kes jenayah hidupan liar dan pencerobohan hutan sejak tahun lalu. Statistik kejayaan setakat April lalu itu membabitkan kerjasama antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin berkata, pada tahun lalu, sebanyak 75 kes direkodkan dengan nilai rampasan berjumlah…