Produk makanan sedia dimakan dilaksana sepenuhnya

Produk makanan sedia dimakan dilaksana sepenuhnya

SYED Saleh Syed Abdul Rahman menunjukkan pek produk makanan sedia dimakan (MRE) yang diberikan kepada jemaah haji ketika Masyair nanti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Selepas pelaksanaan projek perintis lima tahun lalu, produk makanan sedia dimakan (MRE) akan digunakan untuk keperluan 31,600 jemaah haji Malaysia ketika ibadat Masyair nanti.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, sebanyak 236,000 pek produk MRE yang siap dibungkus akan dimasak menerusi rendaman air panas.

Katanya, penyediaan produk makanan MRE itu antara pembaharuan yang dilaksanakan sepenuhnya pada musim haji tahun ini bagi mengurangkan bebanan dan risiko kebakaran.

“Pemberian makanan MRE itu juga membolehkan jemaah menikmati makanan lebih baik dalam kekangan masa dan kekurangan keperluan pada tahap kebersihan tertinggi.

“Semasa di Masyair nanti, kita sediakan sebanyak 16 menu. Tabung Haji telah berbincang dengan pengurusan Mashariq berhubung menu iaitu dengan sebahagiannya disediakan secara MRE dan dimasak di dapur semasa di perkhemahan Arafah dan Mina,” katanya ketika ditemui petugas media semalam.

Sebagai rekod, projek rintis MRE bermula pada 2018 dan 2019 dengan hanya satu menu sebelum ditambah kepada tiga menu pada tahun 2022. Menu MRE kemudian ditambah kepada sembilan menu untuk musim haji 1445H/2024M.

Menurut Syed Saleh, antara menu MRE yang disediakan adalah nasi lemak dengan sambal ikan bilis dan kacang, nasi goreng ayam, ayam masak lemak, ayam masak merah serta daging masak kicap.

Dalam pada itu, beliau berkata, pengurusan Mashariq memilih dua syarikat iaitu Malaysia dan Thailand untuk membekalkan produk MRE bagi musim haji tahun ini.

“Sebelum ini pengurusan Mashariq membuat lawatan ke beberapa kilang MRE di Malaysia pada Disember tahun lalu bersama Tabung Haji dan Kementerian Kesihatan.

“Susulan lawatan tersebut, pengurusan Mashriq membuat penilaian terhadap kilang yang dilawat dan akhirnya memilih sebuah syarikat di Malaysia dan sebuah syarikat di Thailand untuk membekalkan produk berkenaan,” jelasnya.

Katanya, pemilihan dua syarikat itu dibuat bagi mengelakkan kemungkinan masalah bekalan pada masa depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya