PRK Kuala Kubu Baharu: PH nafi guna aset kerajaan - Utusan Malaysia

PRK Kuala Kubu Baharu: PH nafi guna aset kerajaan

Aset kerajaan
STEVEN Sim Chee Keong
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU SELANGOR: Pakatan Harapan (PH) nafi kepemimpinannya yang berdada dalam Kabinet dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) menggunakan aset-aset kerajaan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Pengerusi Penyelarasan Gerak Kerja Jentera PRK Kuala Kubu Bharu bagi Kerajaaan Perpaduan, Steven Sim Chee Keong berkata, bagaimanapun tindakan memfailkan petisyen adalah hak mana-mana parti yang tewas.

Bagaimanapun, beliau menafikan PH menggunakan jentera kerajaan untuk kempen.

“Itu tidak tepat, saya datang pun dengan kereta sendiri, kereta peribadi.

“Setakat ini dalam kempen memang kita tidak (menggunakan aset kerajaan),” katanya kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Memperingati Mendiang Lee Kee Hiong, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Perikatan Nasional (PN) berhasrat untuk memfailkan petisyen di Mahkamah Pilihan Raya sekiranya Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mendakwa PH menyalahgunakan aset kerajaan dalam PRK Kuala Kubu Baharu.

Menurutnya, bagaimanapun petisyen tersebut akan dikemukakan bergantung kepada keputusan pilihan raya pada 11 Mei ini.

“Kita sudah ada banyak (bukti) penyaluran dan penyalahgunaan jentera kerajaan dan juga pemberian (yang mana) bagi kami adalah suatu rasuah. Sekiranya, ditakdirkan PH menang, kami akan failkan petisyen. Itu (sudah pasti),” katanya, petang tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN