HULU SELANGOR: Perikatan Nasional melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu dengan menggariskan lima teras utama yang ditawarkan kepada pengundi. Lima teras tersebut merangkumi soal pembangunan, kelestarian alam, ekonomi, pemerkasaan golongan belia dan wanita selain membela masyarakat komuniti. Calon PN, Khairul Azhari Saut berkata, manifestonya itu mewakili hasrat beliau untuk memastikan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu mengalami perubahan yang positif dan lebih baik. Menurutnya,…