Polis Timur Laut cari saksi perbicaraan kes dadah

Polis Timur Laut cari saksi perbicaraan kes dadah

MOHD. ZUHAILY MOHD. NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Polis meminta kerjasama orang ramai untuk tampil memberi maklumat mengenai seorang lelaki yang merupakan saksi bagi satu perbicaraan kes di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Perbicaraan itu dijangka berlangsung pada 17 Mei nanti di Mahkamah Tinggi George Town, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, lelaki itu ialah Mohd. Zuhaily Mohd Nasir, 27, yang alamat terakhirnya dikesan di No. 22 Pintasan Bahagia 5, Bayan Baru dekat sini.

“Alamat tempat kerja terakhir lelaki ini pula ialah di My 3D Vision Sdn. Bhd., Vertical Business Suite Tower A, Level 23, Unit 23-03, Bangsar South 8, Jalan Kerinchi di Kuala Lumpur.

“Dalam hal ini, polis ingin meminta kerjasama saksi tersebut atau orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung lelaki itu untuk menghubungi pihak polis,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut iaitu Inspektor Fais Che Seman di talian 012-3969918 atau mana-mana balai polis berdekatan untuk menyalurkan maklumat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN