Polis masih kenal pasti lokasi kejadian samun

Polis masih kenal pasti lokasi kejadian samun

Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: lokasi kejadian samun sebuah kedai runcit yang didakwa berlaku di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Bharu, dekat sini masih sedang dikenal pasti polis.

Kejadian berkenaan yang memaparkan seorang lelaki bersenjatakan parang tular di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Setakat ini, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian itu.

“Kita sedang mengenal pasti lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya di sini.

Terdahulu, satu hantaran berserta rakaman video berdurasi 48 saat berhubung kejadian itu tular di Twitter, hari ini.

Rakaman video itu memaparkan seorang lelaki bersenjatakan parang mengugut individu di dalam kedai runcit berkenaan supaya tidak membuat laporan polis.

Lelaki terbabit juga dilihat menghayun parang ke arah dua individu yang berada di kaunter pembayaran kedai runcit berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN