PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mempunyai peluang sama rata untuk memperoleh kemenangan menjelang hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei ini. Meskipun masing-masing mendakwa memperoleh sokongan kaum Melayu dan Cina, pengundi atas pagar bakal menjadi penentu utama pilihan raya tersebut. Pengarah Eksekutif Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata, langkah PN meletakkan calon kaum Melayu belum boleh menjamin kemenangan…