PFM, GAFEMA kerjasama SPRM anjur forum antirasuah

PFM, GAFEMA kerjasama SPRM anjur forum antirasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) akan menganjurkan Forum Antirasuah bersama Penggiat Industri Kreatif Negara di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (GAFEMA) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.

Presiden PFM, Pansha berkata, program tersebut yang bermula pukul 9 pagi hingga 2 petang.
bertujuan meningkatkan kefahaman berkaitan fungsi dan bidang kuasa SPRM dalam industri penerbitan filem khususnya dalam mengendalikan geran dan pengagihan Dana Kandungan Digital (DKD).

“Program ini disasarkan kepada golongan pengurusan dan urus tadbir dalam industri penerbitan filem dan diharap dapat memberi kesedaran tentang kesan jenayah rasuah dalam industri penerbitan filem berfokus kepada kronisme dan hubungan jaringan,” kataya dalam satu kenyataan.

Beliau berharap penggiat industri dapat menjadi mata dan telinga dalam menyalurkan maklumat berkaitan rasuah.

Mengulas lanjut, Pansha yang juga merupakan Presiden GAFEMA berkata, forum tersebut akan merangka strategi tindakan yang lebih fokus supaya penguatkuasaan undang-undang dapat memberikan hasil dan impak kepada masyarakat terutamanya membabitkan kes dalam ketirisan dana kerajaan atau dana orang awam.

Katanya,program tersebut akan dibahagikan kepada dua sesi iaitu Sesi Interaktif bersama SPRM dan Sesi Forum Antirasuah bersama SPRM dan FINAS.

“Sesi pertama iaitu Sesi Interaktif bersama SPRM akan menyentuh mengenai gejala rasuah dan kesannya terhadap negara,manakala sesi kedua iaitu Sesi Forum Antirasuah bersama SPRM dan FINAS akan menumpukan kepada isu geran dan bantuan industri kreatif sebagai amanah dan duit rakyat,” katanya.

Beliau berkata, mereka akan mengupas berkenaan Seksyen 17A Akta SPRM serta beban pencegahan rasuah ke atas organisasi komersial dan pengurusannya, serta insentif potongan cukai bagi penganjuran aktiviti antirasuah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×