HULU TERENGGANU: Seorang pesara kerajaan yang sepatutnya hadir ke kenduri tahlil arwah bapa mertuanya selepas solat Zohor ditemukan lemas di dalam sangkar ikan terbiar di Kampung Gaung Pecong, dekat sini, hari ini. Mayat mangsa, Abdullah Mamat, 51, yang merupakan bekas kakitangan Hospital Hulu Terengganu (HHT) di sini ditemukan penduduk kampung yang melalui lokasi tersebut kira-kira pukul 1.55 petang. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat…