Pesara guru nekad putus hubungan dengan anak lelaki

Pesara guru nekad putus hubungan dengan anak lelaki

CHIA Hui Ling (tengah) dan Saw Shi Ling (kiri) mahu sindiket ahlong berhenti menggangu mereka kerana hutang dibuat ahli keluarga, sebelum ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal memutuskan hubungan dengan anak lelakinya setelah tidak sanggup lagi menanggung hutang along yang dibuat anaknya itu sejak lebih 20 tahun.

Pesara guru, Chia Hui Ling, 62, berkata, dia telah membayar  lebih RM100,000 kepada beberapa along  untuk membantu anak lelakinya yang berusia 36 tahun itu.

“Anak saya akan merayu meminta saya tolong dan saya bantu. Pernah saya terpaksa menggunakan wang simpanan persaraan tetapi dia tetap tidak berubah, masih mengambil dadah dan berhutang along,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat MCA Johor, di sini hari ini.

Kata wanita itu, anaknya telah meninggalkan rumah pada 21 Mei lalu dan itulah kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya.

“Tetapi keesokan harinya, ada along hubungi saya dan minta bayar hutang RM59,100, jumlah itu tidak termasuk bunga.

“Along terbabit bukan sahaja mengganggu saya tetapi juga dua anak perempuan saya,” katanya.

Sehubungan itu, Hui Ling berkata, dia kini nekad memutuskan hubungan dengan anak lelakinya kerana tidak tahan lagi diganggu sindiket along.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN