JOHOR BAHRU: Seorang ibu tunggal memutuskan hubungan dengan anak lelakinya setelah tidak sanggup lagi menanggung hutang along yang dibuat anaknya itu sejak lebih 20 tahun. Pesara guru, Chia Hui Ling, 62, berkata, dia telah membayar lebih RM100,000 kepada beberapa along untuk membantu anak lelakinya yang berusia 36 tahun itu. “Anak saya akan merayu meminta saya tolong dan saya bantu. Pernah saya terpaksa menggunakan wang simpanan persaraan tetapi dia tetap tidak…










