SHAH ALAM: Prosiding Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor didakwa tidak melindungi Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam membahas isu-isu sepanjang persidangan sehingga menyebabkan polis boleh mengambil tindakan terhadap anggotanya. Perkara tersebut timbul apabila Ketua Pembangkangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa dipanggil polis untuk memberi keterangan berhubung perbahasannya dalam Sidang DUN Selangor pada Mac lalu. Menurutnya, beliau diberi notis di bawah Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah terhadap kenyataan serta perkara…