IPOH: Perak menyambut baik kenyataan Perdana Menteri tentang pembekalan air dari negeri ini ke Pulau Pinang, sekali gus melihat usaha pembinaan prasarana air di utara Perak dapat disegerakan. Menteri Besarnya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri sememangnya telah lama merancang untuk membangunkan infrastrktur saliran air dari Sungai Perak ke kawasan Kerian yang bersempadan dengan Pulau Pinang. Katanya, tujuan sebenar adalah untuk pengairan bagi membantu petani di Kerian yang sering…