KAMPAR: Kerajaan negeri Perak sudah menanam sebanyak 7.88 juta pokok setakat ini, melebihi sasaran enam juta pokok iaitu pada nisbah dua juta pokok setahun sejak 2021. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tempoh pelaksanaan bagi program penghijauan selama lima tahun bermula pada tahun 2021. “Kempen ini digiatkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Sasaran dua juta pokok setahun. Kita bermula pada 2021 dan sudah capai 7.88 juta pokok iaitu…