PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal yang cedera terkena benang di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dekat Taman Kosas Ampang, tampil membuat laporan polis hari ini. Mohammad Muas Rosdi, 28, berkata, laporan dibuat di Balai Polis Trafik Ampang Jaya untuk siasatan lanjut. Juruteknik Teknologi Maklumat (IT) itu berkata, dia mahu siasatan dijalankan bagi mengetahui sama ada benang itu sengaja diletakkan individu tidak bertanggungjawab atau terputus daripada layang-layang di kawasan berhampiran.…










