PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes anggota pengiring didakwa memukul pemandu e-hailing orang kurang upaya (OKU) di sebuah hotel di ibu negara pada 28 Mei lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pegawai-pegawai yang terlibat dalam insiden itu akan dipanggil ke Bukit Aman untuk membantu siasatan.
“Langkah ini diambil secara menyeluruh dan semua pihak terlibat dapat memberikan keterangan mereka.
“Keutamaan siasatan untuk memastikan tiada pelaku terlepas daripada tanggungjawab atas perbuatan mereka.
“Tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi terhadap mana-mana pegawai yang didapati bersalah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tegas Razarudin, PDRM komited untuk memelihara integriti dan memastikan tindakan sewajarnya diambil untuk mempertahankan keadilan dan melindungi hak-hak individu yang terjejas terutama golongan OKU.
Rabu lalu, media melaporkan salah faham arahan pergerakan mengalihkan kenderaan dipercayai punca seorang pemandu e-hailing didakwa diserang pengiring kepada rombongan kenamaan dalam kejadian di sebuah hotel di Brickfields dekat sini pada 28 Mei lalu. – UTUSAN
Difahamkan, seorang pemandu e-hailing membuat laporan polis selepas mendakwa dipukul pengawal peribadi ketika menunggu penumpang di sebuah hotel di Brickfields.
Pemandu berusia 46 tahun itu mendakwa ditumbuk di kepala dan diminta untuk mengalihkan – UTUSAN










