Penerbit, stesen TV berdepan kerugian - Nancie Foo - Utusan Malaysia

Penerbit, stesen TV berdepan kerugian – Nancie Foo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penerbit, Datuk Nancie Foo berharap kegiatan rompakan siber tidak didiamkan malah terus dketengahkan untuk kesedaran umum.

“Sebagai penerbit, saya sudah beberapa kali berdepan masalah sama. Antaranya, filem Sumpahan Jerunei yang pernah ditayangkan secara haram menerusi sebuah platform penstriman video terkemuka.

“Kami segera bertindak. Terus menghantar aduan kepada pengendali platform berkenaan agar serta merta padam filem tersebut.

“Aduan juga telah dibuat dibuat kepada pihak berwajib agar perkara sama tidak berulang,” katanya.

Kata Nancy lagi, mungkin masyarakat tidak melihat kesan dan akibat yang ditanggung penerbit atau stesen TV apabila filem dan drama dirompak dan ditayangkan secara haram.

Jelasnya, hakikat sebenar adalah penerbit dan stesen TV menanggung kerugian yang besar kesan kegiatan tak bertanggungjawab itu.

“Kerugian ditanggung terlalu besar. Lebih-lebih lagi buat filem yang baru ditayangkan.

“Masalah ini bukan perkara enteng, ia isu besar YANG dikhuatiri pembikin drama dan filem.

“Jadi ia tidak boleh didiamkan dan perlu terus diperkatakan agar masyarakat sedar menonton filem dan drama secara percuma di platform yang tidak sah adalah satu kesalahan,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN