PUTRAJAYA: Pasukan pembelaan berhujah di Mahkamah Rayuan hari ini bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kewujudan komputer riba yang menjadi asas kepada perbalahan di antara Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain dan bekas penuntut-penuntut universiti itu. Peguam A.G. Kalidas berhujah, kewujudan komputer riba yang didakwa dicuri oleh Zulfarhan tidak dibuktikan kerana peralatan itu serta resit pembelian tidak dikemukakan ketika perbicaraan didengar di Mahkamah Tinggi. Oleh demikian, beliau menghujahkan, pihak pendakwaan gagal membuktikan motif yang menjurus kepada kejadian Zulfarhan dipukul. Sehubungan itu, peguam berkenaan menghujahkan, tidak wujud…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya