Pahang peruntuk RM2.734 juta anjur Tilawah, Hafza al-Quran

Pahang peruntuk RM2.734 juta anjur Tilawah, Hafza al-Quran

DATUK Seri Wan Rosdy Wan Ismail (empat dari kanan) dan Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar (tiga dari kanan) ketika menyempurkan gimik pra pelancaran MTHQK 2024 yang diadakan di Hotel SwissBel, Kuantan. UTUSAN/SHEIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan Pahang memperuntukkan  RM2.734 juta untuk  menganjurkan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445H/2024M (MTHQK 2024) di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah, di sini pada 23 Mei hingga 28 Mei nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukan terbabit termasuk ‘duit poket’  sebanyak RM1,000 kepada setiap peserta dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM110,000. 

Menurut beliau, kerajaan negeri bermurah hati menghulurkan `duit poket’ berkenaan bagi membantu perbelanjaan peserta sepanjang pertandingan berlangsung.

“Apabila peserta yang datang ke Pahang mereka ada duit poket, duit makan dan sebagainya sebagai tambahan perbelanjaan mereka ketika berada di sini. 

“Daniel yang paling pentingnya ia adalah sebagai tanda ingatan tulus ikhlas kerajaan negeri untuk semua peserta,” kata beliau pada  Majlis Pra Pelancaran MTHQK 2024 yang diadakan di Hotel SwissBel, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Wan Rosdy berkata, selain sumbangan kerajaan negeri, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) turut bermurah hati menyumbang jongkong emas seberat 5 gram kepada semua pemenang tilawah dan hafazan al-Quran dengan setiap jongkong emas terbabit dianggarkan bernilai sekitar RM2,000.

Sementara itu, Mohd Na’im berkata,  pertandingan tilawah dan hafazan al-Quran kali ini mendapat penyertaan lebih ramai dalam  kalangan golongan muda berbanding sebelumnya.

MTHQK 2024 melibatkan penyertaan seramai 110 peserta dari seluruh negeri di mana setiap negeri diwakili oleh lapan lapan peserta iaitu dua peserta dalam kategori Tilawah Al-Quran manakala enam enam peserta dalam kategori Hafazan Al-Quran.

Penglibatan seluruh negeri dalam pertandingan tahun ini menjadikan jumlah peserta Tilawah adalah seramai 29 orang; iaitu 14 orang Qari dan 14 orang Qariah dan seorang Johan Menunggu Qariah.

Hafazan pula bakal menyaksikan seramai 81 orang peserta, dengan para huffaz lelaki dan wanita akan bertanding dalam tiga kategori. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN