KUBANG PASU: Negara dianggarkan rugi kira-kira RM1.2 juta sehari ekoran penyeludupan diesel oleh kenderaan asing di sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam, di sini. Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli berkata, kebanyakan penyeludup sering berulang alik ke negara ini hingga mencecah lima kali sehari. “Dalam operasi dilakukan, 350 kenderaan diperiksa dan 18 daripadanya terlibat dengan penyeludupan diesel. Mereka guna kenderaan yang diubah suai…










