Nahas helikopter TLDM: Pesawat, kru dalam keadaan baik

Nahas helikopter TLDM: Pesawat, kru dalam keadaan baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Laporan awal lembaga siasatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berhubung insiden dua helikopternya yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, mendapati kedua-dua pesawat berada dalam keadaan baik untuk melakukan penerbangan.

Selain itu, pasukan siasatan juga mendapati semua 10 kru termasuk dua juruterbangnya disahkan mempunyai tahap kesihatan baik untuk mengendalikan helikopter pada hari kejadian.

TLDM dalam kenyataan dikeluarkan berkata, tahap kelayakan penerbangan kru udara yang terlibat dalam nahas tersebut juga masih sah dan tidak tamat tempoh.

Katanya, kerja selenggaraan kedua-dua pesawat disahkan dilaksanakan mengikut prosedur dan rutin yang ditetapkan oleh pihak Original Equipment Manufacturer (OEM).

“Keadaan cuaca pada hari kejadian adalah baik dan sesuai untuk melaksanakan penerbangan.

“Pesawat HOM AW139 mempunyai kotal hitam manakala pesawat Fennec yang dikeluarkan pada tahun 2003 (21 tahun) tidak dilengkapi dengan peralatan tersebut. 

“Data yang telah dianalisis daripada Multi Purpose Flight Data Recorder atau kotak hitam pesawat HOM AW139 telah diterima (pada 3 Mei) daripada pihak OEM untuk penilaian lanjut oleh Lembaga Siasatan,” katanya hari ini. –UTUSAN

BERITA LANJUT MENYUSUL

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×